Bagi memastikan kelancaran operasi dan keselesaan para tetamu kami,
terma-terma berikut adalah terpakai bagi para tetamu yang menginap
di
mana-mana rumah tamu yang terletak dibawah seliaan kami.
Tetamu-tetamu adalah sepanjang masa tertakluk kepada terma-terma berikut:
Tempahan
-
Tetamu akan dikenakan 30% deposit komitment dengan amaun minima sebagai
tanda pengesahan tempahan. Deposit tersebut merupakan sebahagian
daripada wang sewaan dan tetamu hanya perlu membayar baki jumlah sewaan
sahaja sewaktu check-in.
-
Tetamu yang telah membuat pengesahan tempahan tidak dibenarkan untuk
mengubah tarikh atau tempoh penginapan tanpa persetujuan pihak
pengurusan. Sekiranya keadaan tersebut berlaku pihak pengurusan berhak
untuk membatalkan tempahan tersebut serta deposit tidak akan
dikembalikan.
-
Pembatalan terhadap tempahan yang telah disahkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Daftar Masuk
-
Bayaran sewaan hendaklah dibuat sepenuhnya secara tunai atau LO (bagi
urusan rasmi kerajaan) sewaktu proses check-in. Check persendirian atau
kad kredit adalah tidak diterima.
-
Sewaktu musim puncak iaitu musim-musim cuti persekolahan atau cuti
umum, deposit jaminan sebanyak rm100 akan dikenakan sewaktu tetamu
check-in. Deposit tersebut adalah sebagai jaminan daripada tetamu
tentang perkara-perkara berikut:
-
Bersetuju untuk check-out pada masa yang telah ditetapkan iaitu
tidak lewat daripada jam 12.00 tghr atau waktu lain yang telah
dipersetujui bersama.
-
Bersetuju untuk tidak merokok di dalam bilik dan hanya merokok di tempat yang dikhaskan sahaja.
-
Bersetuju untuk mematuhi terma-terma lain yang tercatat disini atau di buku panduan tetamu.
Pengunaan
-
Tetamu hendaklah mendaftarkan diri dalam Borang Maklumat Tetamu yang
disediakan dengan menyertakan maklumat-maklumat yang diminta.
-
Waktu check-in ialah pada jam 2 ptg dan keatas sementara waktu
check-out ialah selewat-lewatnya pada jam 12 tghr. Sekiranya perlu
tetamu boleh memohon untuk check-in awal, sehari sebelum tarikh sebenar
check-in dan kelulusan adalah tertakluk kepada jadual check-out tetamu
sebelumnya. Tetamu juga boleh memohon untuk check-out lewat pada hari
terakhir penginapan dan kelulusan adalah tertakluk kepada jadual
check-in tetamu berikutnya.
-
Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang haiwan peliharaan kedalam unit kediaman.
-
pihak pengurusan adalah berhak untuk mengenakan bayaran gantirugi bagi
setiap kerosakan yang berlaku mengikut kadar yang telah ditetapkan.
-
pihak pengurusan berhak untuk tidak membenarkan tetamu daripada terus
menduduki unit yang disewakan sekiranya tetamu didapati melanggar
mana-mana peraturan atau pihak pengurusan menerima komplen atau bantahan
daripada jiran-jiran tentang salah laku tetamu.
Tanggungjawab Tetamu
-
Tetamu adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan asas unit yang diduduki
-
Tetamu adalah bertanggungjawab untuk tidak menggunakan unit diduduki
bagi tujuan yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa kerajaan Malaysia.
-
Tetamu beragama islam adalah bertanggungjawab dengan Allah untuk tidak
menggunakan unit diduduki bagi sebarang tujuan maksiat di sisi Allah.
-
Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan terhadap susunatur perabut yang
dibuat oleh tetamu hendaklah dikembalikan semula ke kedudukan asal
sebelum proses check-out dilakukan.
-
Tetamu hendaklah pada setiap masa menjaga adab dan tingkah laku serta tidak menyinggung jiran-jiran sekeliling.
Resit dan Dokumentasi Lain
-
Resit penginapan hanya akan dikeluarkan atas permintaan tetamu.
- Tetamu boleh memohon kepada pengurusan untuk mengeluarkan resit
berasingan mengikut bilik tertakluk kepada jumlah sewaan asal unit PLCC.
Sekian Terimakasih
Pengurusan PLCC
|